Bila air cetek ni rezeki yang timbul ialah etok @ etak. Jadi 18 Mac lalu kami sekeluarga turun ke Sg Pahang mencari etok. Sambil to bercemporo mandi sungai. Fuhhh bernyeee..!.
Sabtu, 27 Mac 2010
ETOK.. musim dah tiba
Penghujung Mac 2010, cuaca panas dan kering, air Sungai Pahang surut ke paras maksima. Paras biasa air Pahang mengerikan, tapi sekarang nak ke seberang sana, boleh mengaruk saja di sestengah tempat 
Isnin, 28 September 2009
Rabu, 5 Ogos 2009
Cameron Highlands
Awal Jun 2009 dalam perjalanan pulang dari Kuala Kangsar kami sekeluarga singgah di Cameron Highlands menerusi Simpang Pulai dan turun ikut Tapah.
Boleh tahan juga sejuknya cuaca disana. Cuma kesesakan lalu lintas yang amat merimaskan baik malam mahupun siang. Tempat-tempat tumpuan pun kurang kawasan parkir.
Walaupun disini sumber sayur-sayuran dan bunga- bungaan, harga yang ditawarkan biasa sahaja. Taklah semurah yang diimpikan.
Apapun alhamdulillah, dapat bawa anak-anak melihat panorama indah bukit-bukau dan kebun teh serta ladang bunga yang luas.
Khamis, 1 Januari 2009
Jakarta - Bandung mabuk shopping !
15 Dis 2008 kami berdua menjejakkan kaki di Tanah Jawa. Bau rokok kretek yang semerbak menyambut kami di kota Jakarta. Oleh kerana ahli rombongan yang lain tertunda penerbangan ke lewat petang, saya dan isteri mengambil bas dan meronda ke Mangga Dua dulu. Kejutan pertama ialah wang rupiah yang banyak sangat 'kosong' nya. Terkial-kial nak membiasakan nilai Rp 10000 = RM 3. Waktu di sini lewat 1 jam dari Malaysia.


Pukul 5 ahli keluarga yang lain sampai. Kami diuruskan oleh agen pelancongan disini, dengan pakej yang lengkap meliputi perjalanan, makan , hotel dan lain-lain. Layanan sangat memuaskan. Terima kasih Sdr Ariswan & crew.
Terus ke Puncak, makan malam dan chek in di hotel. Boleh tahan sejuknya, macam Genting Highland.
Hari ke-2 ; Ke Bandung. Shopping barangan kulit di Chidabuyut. Memang murah, cuma masa sekejap sangat, satu jam mana cukup. Makan tengahari ala Sunda. Ramai yang tak berapa selera. Sebelah petang kami shopping di Pasar Baru Bandung. Gedung beli belah yang menawarkan barangan tiruan, dan barang harga murah. Masa 2 jam tak cukup. Kalau boleh sehari suntuk nak shoping disitu. Selepas makan malam yang enak, kami shopping lagi di 'Factory Outlet', yang menawarkan barangan berjenama pada harga murah. Memang murah. Mabuk shopping masing-masing. Malam chek in di hotel.
Hari ke- 3 ; Selepas sarapan di hotel, kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Gunung berapi aktif yang sangat mengkagumkan. Suhunya dingin sekali. Singgah di ladang strawberi berdekatan puncaknya. Penjual-penjual barangan yang menjaja setiap kali kami turun dari bas sangat merimaskan. Harga yang ditawarkan bermula sangat tinggi. Kalau tak ditawar hingga 1/4 , alamat kena 'sembelih' la. Dalam beringat-ingat tu ada juga yang kena tipu.
Sebelum bertolak ke Jakarta, kami sempat ke 'Factory Outlet' dulu shoping barangan branded. Tengah hari berangkat ke Jakarta melalui lebuhraya yang cantik. Nasib baik tak macet. Petrol di Jakarta waktu ni RM 1.50. Pukul 5 petang, bergabung dengan grup Acik Roslan yang baru sampai. Shopping di Mangga Dua. Shopping Mall yang besar macam KL juga.
Malamnya makan seafood di Taman Mini Ancol. Taman tema tepi pantai yang indah. Hujan lebat menyambut kehadiran kami. Kemudian chek in di hotel 4 bintang.
hari ke-4 ; selepas sarapan dihotel, kami ke Mangga Dua lagi. Shopping mall yang lain. 12.00 thari bergegas ke Bandar Udara Sukarno Hatta. Flight mereka pukul 3 ptg. Saya dan isteri terbang pukul 8 malam.
11.00 malam , dengan pesawat AirAsia, mendarat di LCC Sepang.
Alhamdulillah, satu percutian yang indah. Terima kasih Indonesia. Ada rezeki kami datang lagi.
Jumaat, 19 Disember 2008
Selamat Datang Orang Sarawak
11 Dis 08 yang lepas keluarga angkat dari Kuching datang ke teratak kami. Mak Munah serta Annur dan keluarga menjejakkan kaki ke Kuala Pilah buat kali ke dua selepas 13 tahun. Esoknya kami bercuti ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Petang Sabtu bertolak ke KL, sebab mereka nak ke Genting pula. terima kasih kerana sudi menziarahi kami disini. Ada rezeki kta jumpa lagi.
Sabtu, 4 Oktober 2008
Henjutan Udang Galah Sungai Pahang
Salah satu trip wajib keluarga kami setiap tahun ( biasanya tiap bulan la ) ialah memancing. Ini hobi nombor wahid isteri saya. Trip ke Tasik Kenyir tu memang tiap tahun la semenjak 5 tahun belakangan ni.
Gambar ni adalah trip tiap tahun juga. Memancing udang di Pekan, Pahang. Lepak kat sangkar ikan aje dah cukup. Tapi kena tengok musim juga. Biasanya bulan April hingga Jun. Umpannya biasalah, cacing dan belacan busuk. Setakat saiz ibu kaki tu, dalam 2 kg boleh dapat. Jenis sepit biru macam dalam gambar tu, tengok rezeki la.

Rabu, 17 September 2008
TAHNIAH SEMPENA KONVOKESYEN
Alhamdulillah , dan segunung tahniah kerana dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera pada Majlis Konvokesyen USM , Pulau Pinang, 15 Ogos 2008 yang lalu.
Segala susah payah selama ini, telah membuahkan hasil yang sangat manis. Seluruh keluarga menumpang bangga dan gembira atas kejayaan ini.
You're simply the best.
Langgan:
Catatan (Atom)
8 Tahun Menyepi ... Kembali Menulis
Assalamualaikum, Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan da...
-
Assalamualaikum, Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan da...
-
Sabtu, 24 Nov kami ke MAHA 2012 di Serdang. Kami sampai dalam pukul empat. Jalan tak sesak macam tahun lepas. Mungkin orang bel...
-
Semoga Ramadan yang ditinggalkan penuh keberkatan untuk kita semua Syawal yang tiba membawa rahmatNya yang tak terhingga Ampunkanlah segala...
