Khamis, 1 Januari 2009

Jakarta - Bandung mabuk shopping !

15 Dis 2008 kami berdua menjejakkan kaki di Tanah Jawa. Bau rokok kretek yang semerbak menyambut kami di kota Jakarta. Oleh kerana ahli rombongan yang lain tertunda penerbangan ke lewat petang, saya dan isteri mengambil bas dan meronda ke Mangga Dua dulu. Kejutan pertama ialah wang rupiah yang banyak sangat 'kosong' nya. Terkial-kial nak membiasakan nilai Rp 10000 = RM 3. Waktu di sini lewat 1 jam dari Malaysia.

Pukul 5 ahli keluarga yang lain sampai. Kami diuruskan oleh agen pelancongan disini, dengan pakej yang lengkap meliputi perjalanan, makan , hotel dan lain-lain. Layanan sangat memuaskan. Terima kasih Sdr Ariswan & crew.

Terus ke Puncak, makan malam dan chek in di hotel. Boleh tahan sejuknya, macam Genting Highland.

Hari ke-2 ; Ke Bandung. Shopping barangan kulit di Chidabuyut. Memang murah, cuma masa sekejap sangat, satu jam mana cukup. Makan tengahari ala Sunda. Ramai yang tak berapa selera. Sebelah petang kami shopping di Pasar Baru Bandung. Gedung beli belah yang menawarkan barangan tiruan, dan barang harga murah. Masa 2 jam tak cukup. Kalau boleh sehari suntuk nak shoping disitu. Selepas makan malam yang enak, kami shopping lagi di 'Factory Outlet', yang menawarkan barangan berjenama pada harga murah. Memang murah. Mabuk shopping masing-masing. Malam chek in di hotel.


Hari ke- 3 ; Selepas sarapan di hotel, kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Gunung berapi aktif yang sangat mengkagumkan. Suhunya dingin sekali. Singgah di ladang strawberi berdekatan puncaknya. Penjual-penjual barangan yang menjaja setiap kali kami turun dari bas sangat merimaskan. Harga yang ditawarkan bermula sangat tinggi. Kalau tak ditawar hingga 1/4 , alamat kena 'sembelih' la. Dalam beringat-ingat tu ada juga yang kena tipu.


Sebelum bertolak ke Jakarta, kami sempat ke 'Factory Outlet' dulu shoping barangan branded. Tengah hari berangkat ke Jakarta melalui lebuhraya yang cantik. Nasib baik tak macet. Petrol di Jakarta waktu ni RM 1.50. Pukul 5 petang, bergabung dengan grup Acik Roslan yang baru sampai. Shopping di Mangga Dua. Shopping Mall yang besar macam KL juga.

Malamnya makan seafood di Taman Mini Ancol. Taman tema tepi pantai yang indah. Hujan lebat menyambut kehadiran kami. Kemudian chek in di hotel 4 bintang.

hari ke-4 ; selepas sarapan dihotel, kami ke Mangga Dua lagi. Shopping mall yang lain. 12.00 thari bergegas ke Bandar Udara Sukarno Hatta. Flight mereka pukul 3 ptg. Saya dan isteri terbang pukul 8 malam.
11.00 malam , dengan pesawat AirAsia, mendarat di LCC Sepang.

Alhamdulillah, satu percutian yang indah. Terima kasih Indonesia. Ada rezeki kami datang lagi.

Tiada ulasan:

8 Tahun Menyepi ... Kembali Menulis

 Assalamualaikum, Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan da...