Isnin, 26 November 2012

sehari di MAHA 2012

 
Sabtu, 24 Nov kami ke MAHA 2012 di Serdang. Kami sampai dalam pukul empat. Jalan tak sesak macam tahun lepas. Mungkin orang belum mula menyerbu sebab baru hari kedua. Parkir pun selesa, cuma macam biasa letih berjalan. tram yang disediakan penuh sesakdenbgan orang yang tak mahu turun-turun. Kesudahannya banyak tempa malas nak pergi.
Rasanaya tak ada apa-apa yang istimewa sangat tahun ni. Ulang tayang yang tahun lepas sahaja. Harga barang pun boleh tahan MAHA eh.
 
Rangka ikan paus yang orang ramai nak tengok sangat tu. Memang bosar la. Dah namo eh ikan paus. Takkan bosar ikan Tapah lak.
 
Mak aiii banyak eh buah. Ramai yang tak tahan nengok yo, terus dikupeh eh buah tu. Raso eh tak sompek tunggu last day, botak buah-buah ni.

Selasa, 12 Julai 2011

Ahad, 30 Januari 2011

Disember 2010.., Terengganu dan Pahang

Majlis ReUnion pelajar Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu tahun 89/91
Antara yang sempat hadir
Pantai Merang, latar belakang Pulau Kapas
Rasa-rasa nak cuba mandi,.. tengok ombak menggulung, kecut perut. tengok aje laa..
Banyak berubah dah.. Litar Monsoon Cup , belakang Pasar Payang

Perjalanan balik, singgah Bukit Gambang, Kuantan
Bila lapar... semua sedap.
Semua jenis gelongsor yang ada kami cuba, best nyeee!!
Bermain ombak buatan... boleh tahan tingginya.

Ke Pulau Pinang dengan kereta api ... DIS 2010

Jalan Chowrastar, nasi kandar, jeruk dan shopping
Lokasi wajib , Padang Kota. Ontah berapo kali dah ke sini. Galak dah.

Di pintu masuk muzium. Mengisi waktu seharian di Penang.
Feri ke Pulau Pinang, 7.30 pagi
Di kantin kereta api. Tak ada barang dah.... Maggi terakhir. Mak aii mahal ehh.
Suasana gerabak kelas 2, sangat selesa berbanding bas.
Nak balik ke Seremban
Stesen Butterworth
Keliling Gerogetown dengan bas FREE Rapid Penang. TQ penang Govt.KL Central

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Semoga Ramadan yang ditinggalkan
penuh keberkatan untuk kita semua
Syawal yang tiba membawa rahmatNya yang tak terhingga
Ampunkanlah segala kesalahan kami sekeluarga
Silalah berkunjung ke rumah kami
Agar tali silaturrahim kita kian erat
Daripada kami sekeluarga
Murad , Fatimah
Khairunnisa, Khairun Najihah,
Khairun Najjah, Khairun Nabila



Sabtu, 27 Mac 2010

ETOK.. musim dah tiba

Penghujung Mac 2010, cuaca panas dan kering, air Sungai Pahang surut ke paras maksima. Paras biasa air Pahang mengerikan, tapi sekarang nak ke seberang sana, boleh mengaruk saja di sestengah tempat
Bila air cetek ni rezeki yang timbul ialah etok @ etak. Jadi 18 Mac lalu kami sekeluarga turun ke Sg Pahang mencari etok. Sambil to bercemporo mandi sungai. Fuhhh bernyeee..!.






Isnin, 28 September 2009

Rabu, 5 Ogos 2009

Cameron Highlands



Awal Jun 2009 dalam perjalanan pulang dari Kuala Kangsar kami sekeluarga singgah di Cameron Highlands menerusi Simpang Pulai dan turun ikut Tapah.



Boleh tahan juga sejuknya cuaca disana. Cuma kesesakan lalu lintas yang amat merimaskan baik malam mahupun siang. Tempat-tempat tumpuan pun kurang kawasan parkir.



Walaupun disini sumber sayur-sayuran dan bunga- bungaan, harga yang ditawarkan biasa sahaja. Taklah semurah yang diimpikan.



Apapun alhamdulillah, dapat bawa anak-anak melihat panorama indah bukit-bukau dan kebun teh serta ladang bunga yang luas.

Khamis, 1 Januari 2009

Jakarta - Bandung mabuk shopping !

15 Dis 2008 kami berdua menjejakkan kaki di Tanah Jawa. Bau rokok kretek yang semerbak menyambut kami di kota Jakarta. Oleh kerana ahli rombongan yang lain tertunda penerbangan ke lewat petang, saya dan isteri mengambil bas dan meronda ke Mangga Dua dulu. Kejutan pertama ialah wang rupiah yang banyak sangat 'kosong' nya. Terkial-kial nak membiasakan nilai Rp 10000 = RM 3. Waktu di sini lewat 1 jam dari Malaysia.

Pukul 5 ahli keluarga yang lain sampai. Kami diuruskan oleh agen pelancongan disini, dengan pakej yang lengkap meliputi perjalanan, makan , hotel dan lain-lain. Layanan sangat memuaskan. Terima kasih Sdr Ariswan & crew.

Terus ke Puncak, makan malam dan chek in di hotel. Boleh tahan sejuknya, macam Genting Highland.

Hari ke-2 ; Ke Bandung. Shopping barangan kulit di Chidabuyut. Memang murah, cuma masa sekejap sangat, satu jam mana cukup. Makan tengahari ala Sunda. Ramai yang tak berapa selera. Sebelah petang kami shopping di Pasar Baru Bandung. Gedung beli belah yang menawarkan barangan tiruan, dan barang harga murah. Masa 2 jam tak cukup. Kalau boleh sehari suntuk nak shoping disitu. Selepas makan malam yang enak, kami shopping lagi di 'Factory Outlet', yang menawarkan barangan berjenama pada harga murah. Memang murah. Mabuk shopping masing-masing. Malam chek in di hotel.


Hari ke- 3 ; Selepas sarapan di hotel, kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Gunung berapi aktif yang sangat mengkagumkan. Suhunya dingin sekali. Singgah di ladang strawberi berdekatan puncaknya. Penjual-penjual barangan yang menjaja setiap kali kami turun dari bas sangat merimaskan. Harga yang ditawarkan bermula sangat tinggi. Kalau tak ditawar hingga 1/4 , alamat kena 'sembelih' la. Dalam beringat-ingat tu ada juga yang kena tipu.


Sebelum bertolak ke Jakarta, kami sempat ke 'Factory Outlet' dulu shoping barangan branded. Tengah hari berangkat ke Jakarta melalui lebuhraya yang cantik. Nasib baik tak macet. Petrol di Jakarta waktu ni RM 1.50. Pukul 5 petang, bergabung dengan grup Acik Roslan yang baru sampai. Shopping di Mangga Dua. Shopping Mall yang besar macam KL juga.

Malamnya makan seafood di Taman Mini Ancol. Taman tema tepi pantai yang indah. Hujan lebat menyambut kehadiran kami. Kemudian chek in di hotel 4 bintang.

hari ke-4 ; selepas sarapan dihotel, kami ke Mangga Dua lagi. Shopping mall yang lain. 12.00 thari bergegas ke Bandar Udara Sukarno Hatta. Flight mereka pukul 3 ptg. Saya dan isteri terbang pukul 8 malam.
11.00 malam , dengan pesawat AirAsia, mendarat di LCC Sepang.

Alhamdulillah, satu percutian yang indah. Terima kasih Indonesia. Ada rezeki kami datang lagi.

Jumaat, 19 Disember 2008

Selamat Datang Orang Sarawak



11 Dis 08 yang lepas keluarga angkat dari Kuching datang ke teratak kami. Mak Munah serta Annur dan keluarga menjejakkan kaki ke Kuala Pilah buat kali ke dua selepas 13 tahun. Esoknya kami bercuti ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Petang Sabtu bertolak ke KL, sebab mereka nak ke Genting pula. terima kasih kerana sudi menziarahi kami disini. Ada rezeki kta jumpa lagi.

Sabtu, 4 Oktober 2008

Henjutan Udang Galah Sungai Pahang




Salah satu trip wajib keluarga kami setiap tahun ( biasanya tiap bulan la ) ialah memancing. Ini hobi nombor wahid isteri saya. Trip ke Tasik Kenyir tu memang tiap tahun la semenjak 5 tahun belakangan ni.

Gambar ni adalah trip tiap tahun juga. Memancing udang di Pekan, Pahang. Lepak kat sangkar ikan aje dah cukup. Tapi kena tengok musim juga. Biasanya bulan April hingga Jun. Umpannya biasalah, cacing dan belacan busuk. Setakat saiz ibu kaki tu, dalam 2 kg boleh dapat. Jenis sepit biru macam dalam gambar tu, tengok rezeki la.

Kalau ada kawan-kawan nak kongsi tempat mancing yang bagus, jemputlah kami. Jangan jauh sangat sudah la.

Rabu, 17 September 2008

TAHNIAH SEMPENA KONVOKESYEN



Alhamdulillah , dan segunung tahniah kerana dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera pada Majlis Konvokesyen USM , Pulau Pinang, 15 Ogos 2008 yang lalu.
Segala susah payah selama ini, telah membuahkan hasil yang sangat manis. Seluruh keluarga menumpang bangga dan gembira atas kejayaan ini.
You're simply the best.

Ahad, 17 Ogos 2008

SARAWAK ... kami datang semula


23 Julai 2008 , kami suami isteri menjejakkan kaki semula ke Kuching , Sarawak. Kali ni bersama anak-anak . Setelah kami tinggalkan Bumi Kenyalang ni padaNovember 1994. Setelah 3 tahun mengajar di pedalaman Mukah, SRK Sungai Tau, Ulu Balingian, permohonan kami berpindah ke semenanjung diluluskan.

Petang Rabu, 23 Julai 2008 kami mendarat di Kuching dengan pesawat Air Asia dari LCC, KL. Pertamanya, sungguh banyak perubahan Bandaraya Kuching ni. Annur menjempu kami sekeluarga di airport, terus ke rumahnya dan bermalam di sana.

Khamis, 24 Julai, awal pagi kami bertolak ke Serian dengan kereta Kancil sewa. Dengan saiz yang kecil-kecil, selesa la kami melancong dengan kereta kecil tu. Jalan raya ke Serian memang mengagumkan, lebar dan cantik. Di Serian kami terus ke rumah Salmi, di kuartes JPN, untuk bertemu Mak Munah, ibu angkat yang tercinta. Terubat rindu sekeluarga dan kami berceloteh panjang.
Kami tak lama di Serian kerana hajat hati untuk meneruskan perjalanan ke Sibu. Dah semakin bagus jalan raya disini. Tapi , rasanya kerajaan perlu buat satu lebuhraya hingga ke Lawas. Dapat la anak-anak melihat pemandangan rumah panjang Bidayuh dan Iban di sepanjang jalan. Kami tersasar simpang ke Sibu berhampiran Sarikei. Sekitar pukul 3 petang, berlegar di Bandar Sarikei, lalu makan tengahari di sebuah restoran mamak (agaknya) berhampiran tebingan Sungai Sarikei. Atas nasihat orang Sarikei yang ramah mesra ni, kereta kancil ni di bawa menyeberang Sungai Sarikei untuk meneruskan perjalanan ke Bintangor dan Sibu.

5.00 petang, kami melintasi jambatan Lanang menyeberangi Sungai Rajang. Kalau dulu jenuh beratur nak naik feri untuk menyeberang Sungai Rajang ni. Dah banyak pembangunan di Sibu ni. Tapi, kebanyakan jalan masih boleh diingati. Ronda-ronda sekitar bandar sampai ke Kg Hilir dan Kg Baru. Tengok rumah lama Mak Munah di Kg Baru. Ramai dah geng-geng dulu yang dah pindah. Dua tiga kerat aje yang masih dikenali.

Kami menginap di Hotel Zuhrah. Malamnya bersiar-siar sekitar bandar. Rancangan untuk ke sekolah lama di Ulu Balingian, terpaksa di batalkan kerana kesuntukan masa. Tengahari esok kena balik semula ke Kuching. Kesian.., anak-anak beria-ia sangat nak merasa pengalaman di rumah panjang sana.

Jumaat 25 Julai, bersiar-siar sekitar Bandar Sibu. Melihat Jeti Sungai Rajang, Pasar dan sekitarnya. Buah dabei tak dapat dicari di pasar kerana luar musim. Kalau ada pun harganya dah mencecah RM 25 sekilogram. Kemudiah keami ke Kg Pak Deris ziarah rumah arwah Wa. Jumpa Iput, Enon , Atie, Shidah, bang Mat dan anak-anak mereka. Terima kasih atas layanan yang sangat baik dan mesra. Tak tau la bila boleh berjumpa lagi. Moga Allah merahmati kalian atas budi baik yang diberikan.

11 pagi, kami bergerak balik ke Kuching. Berhenti makan di Sri Aman. Hajat nak masuk ke Bandar Sri Aman, ntuk jumpa Halimatus, kawan semaktab, terpaksa dibatalkan. Nak kejar masa beli belah di Kuching. Jenguk kedai cenderamata di tebingan Kuching. Pemandangan indah tebingan terganggu dek khemah ekspo di sini. Kami makan malam di Satok. Pekena Mee Kolok dan manok panggang.

Sabtu, 26 Julai. Habiskan masa separuh hari di Sarikin. Satu pekan kecil di Bau, bersempadan dengan Indonesia. Penuh dengan barang dari seberang. Boleh tahan juga murahnya. Macam-macam yang dibeli, tikar kayu, baju, bag dan telur penyu pun ada. Pengunjung pulak majoriti orang dari semenanjung. Kalau cakap loghat Sarawak dpat la murah. 2.00 petang kembali ke Kuching untuk beli cendera mata. Malamnya ada jamuan di rumah sepupu Annur. Kami dijamu dengan laksa Saarawak, bubur pedas dan macam-macam lagi. Aku bergegas dengan Annur ke Kota Samarahan untuk jumpa Ismail Alli, rakan setugas di Sg Tau dulu. Letih beratur untuk naik Feri menyeberang ke Asajaya. 11 malam baru sampai sekolah Mail, SRK Asajaya Laut. Dijamu makan malam lauk udang, Sedap Kak Mas masak. 2 pagi baru sampai rumah semula.

Ahad, 27 Julai. 8.30 pagi dah bergegas ke Santubong untuk ke Taman Budaya Sarawak. Dengan pertolongan sedara Annur , dapat la tiket murah. Seluruh budaya Sarawak dapat kami sekeluarga terokai disini. Sebelum berkemas balik, sempat beli ikan terubuk masin di pasar Satok. Sebelum tu kami ke kilang Kek Lapis Sarawak.


7.30 malam kami terbang balik ke K. Lumpur. Mak Munah, Annur dan isteri, ibu mertua Annur dan Ashraf 'handsome boy' yang berhenti-henti bercakap. Sedih Ashraf berpisah dengan Nabila. Kamceng betul dia berdua.

Buat keluarga Mak Munah , terima kasih tak terhingga kami ucapkan. Semoga Allah emmbalas budi baik semua. Jemputlah datang ke Kuala Pilah pula. TERIMA KASIH. Jumpa lagi.