Ahad, 17 Ogos 2008

SARAWAK ... kami datang semula


23 Julai 2008 , kami suami isteri menjejakkan kaki semula ke Kuching , Sarawak. Kali ni bersama anak-anak . Setelah kami tinggalkan Bumi Kenyalang ni padaNovember 1994. Setelah 3 tahun mengajar di pedalaman Mukah, SRK Sungai Tau, Ulu Balingian, permohonan kami berpindah ke semenanjung diluluskan.

Petang Rabu, 23 Julai 2008 kami mendarat di Kuching dengan pesawat Air Asia dari LCC, KL. Pertamanya, sungguh banyak perubahan Bandaraya Kuching ni. Annur menjempu kami sekeluarga di airport, terus ke rumahnya dan bermalam di sana.

Khamis, 24 Julai, awal pagi kami bertolak ke Serian dengan kereta Kancil sewa. Dengan saiz yang kecil-kecil, selesa la kami melancong dengan kereta kecil tu. Jalan raya ke Serian memang mengagumkan, lebar dan cantik. Di Serian kami terus ke rumah Salmi, di kuartes JPN, untuk bertemu Mak Munah, ibu angkat yang tercinta. Terubat rindu sekeluarga dan kami berceloteh panjang.
Kami tak lama di Serian kerana hajat hati untuk meneruskan perjalanan ke Sibu. Dah semakin bagus jalan raya disini. Tapi , rasanya kerajaan perlu buat satu lebuhraya hingga ke Lawas. Dapat la anak-anak melihat pemandangan rumah panjang Bidayuh dan Iban di sepanjang jalan. Kami tersasar simpang ke Sibu berhampiran Sarikei. Sekitar pukul 3 petang, berlegar di Bandar Sarikei, lalu makan tengahari di sebuah restoran mamak (agaknya) berhampiran tebingan Sungai Sarikei. Atas nasihat orang Sarikei yang ramah mesra ni, kereta kancil ni di bawa menyeberang Sungai Sarikei untuk meneruskan perjalanan ke Bintangor dan Sibu.

5.00 petang, kami melintasi jambatan Lanang menyeberangi Sungai Rajang. Kalau dulu jenuh beratur nak naik feri untuk menyeberang Sungai Rajang ni. Dah banyak pembangunan di Sibu ni. Tapi, kebanyakan jalan masih boleh diingati. Ronda-ronda sekitar bandar sampai ke Kg Hilir dan Kg Baru. Tengok rumah lama Mak Munah di Kg Baru. Ramai dah geng-geng dulu yang dah pindah. Dua tiga kerat aje yang masih dikenali.

Kami menginap di Hotel Zuhrah. Malamnya bersiar-siar sekitar bandar. Rancangan untuk ke sekolah lama di Ulu Balingian, terpaksa di batalkan kerana kesuntukan masa. Tengahari esok kena balik semula ke Kuching. Kesian.., anak-anak beria-ia sangat nak merasa pengalaman di rumah panjang sana.

Jumaat 25 Julai, bersiar-siar sekitar Bandar Sibu. Melihat Jeti Sungai Rajang, Pasar dan sekitarnya. Buah dabei tak dapat dicari di pasar kerana luar musim. Kalau ada pun harganya dah mencecah RM 25 sekilogram. Kemudiah keami ke Kg Pak Deris ziarah rumah arwah Wa. Jumpa Iput, Enon , Atie, Shidah, bang Mat dan anak-anak mereka. Terima kasih atas layanan yang sangat baik dan mesra. Tak tau la bila boleh berjumpa lagi. Moga Allah merahmati kalian atas budi baik yang diberikan.

11 pagi, kami bergerak balik ke Kuching. Berhenti makan di Sri Aman. Hajat nak masuk ke Bandar Sri Aman, ntuk jumpa Halimatus, kawan semaktab, terpaksa dibatalkan. Nak kejar masa beli belah di Kuching. Jenguk kedai cenderamata di tebingan Kuching. Pemandangan indah tebingan terganggu dek khemah ekspo di sini. Kami makan malam di Satok. Pekena Mee Kolok dan manok panggang.

Sabtu, 26 Julai. Habiskan masa separuh hari di Sarikin. Satu pekan kecil di Bau, bersempadan dengan Indonesia. Penuh dengan barang dari seberang. Boleh tahan juga murahnya. Macam-macam yang dibeli, tikar kayu, baju, bag dan telur penyu pun ada. Pengunjung pulak majoriti orang dari semenanjung. Kalau cakap loghat Sarawak dpat la murah. 2.00 petang kembali ke Kuching untuk beli cendera mata. Malamnya ada jamuan di rumah sepupu Annur. Kami dijamu dengan laksa Saarawak, bubur pedas dan macam-macam lagi. Aku bergegas dengan Annur ke Kota Samarahan untuk jumpa Ismail Alli, rakan setugas di Sg Tau dulu. Letih beratur untuk naik Feri menyeberang ke Asajaya. 11 malam baru sampai sekolah Mail, SRK Asajaya Laut. Dijamu makan malam lauk udang, Sedap Kak Mas masak. 2 pagi baru sampai rumah semula.

Ahad, 27 Julai. 8.30 pagi dah bergegas ke Santubong untuk ke Taman Budaya Sarawak. Dengan pertolongan sedara Annur , dapat la tiket murah. Seluruh budaya Sarawak dapat kami sekeluarga terokai disini. Sebelum berkemas balik, sempat beli ikan terubuk masin di pasar Satok. Sebelum tu kami ke kilang Kek Lapis Sarawak.


7.30 malam kami terbang balik ke K. Lumpur. Mak Munah, Annur dan isteri, ibu mertua Annur dan Ashraf 'handsome boy' yang berhenti-henti bercakap. Sedih Ashraf berpisah dengan Nabila. Kamceng betul dia berdua.

Buat keluarga Mak Munah , terima kasih tak terhingga kami ucapkan. Semoga Allah emmbalas budi baik semua. Jemputlah datang ke Kuala Pilah pula. TERIMA KASIH. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

8 Tahun Menyepi ... Kembali Menulis

 Assalamualaikum, Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan da...