Jumaat, 18 Julai 2008

Setelah lama terpisah..


Julai 2006 dapat bertemu semula di Ragbi MSSM Pulau Pinang dengan Annur Kiprawi , sahabat lama sewaktu mengajar di SK Sg Tau, Ulu Balingian ,Mukah , Sarawak ( 1992 - 94 ). Sama-sama meredah belantara dulu , tak sangka pulak berjumpa sewaktu bawa team ragbi MSSM.

Khairun Nabila


Yang bongsu ni lahir di Hospital Kuala Pilah juga pada 21 Nov 2001. Ila dalam darjah 1 cerdas di SKTK. Hobinya melukis dan mewarna. Suka minum teh o ais dan kueth teow goreng. Cita-citanya ingin jadi doktor.

Khairun Najjah


Atih lahir pada 10 Feb 2000 di Hospital Kuala Pilah. Belajar dalam darjah 2 di SKTK. Kawan baiknya Kak Aini. Hobi mereka bermain, bermain, bermain... . Tapi exam selalu maintain.

Khairun Najihah


Angah lahir pada 30 Sept 1996 di Hospital Kuala Pilah. Sekarang belajar di tahun 6, SK Tunku Kurshiah. Seorang Ketua Pengawas yang gemar membaca novel PTS One. Makanan kegemarannya ialah mee hon sup. Doakan angah dapat 5A dalam UPSR tahun ni.

Selasa, 25 Disember 2007


KHAIRUNNISA @ Along lahir pada 17 Mei 1995. Belajar di
SK Tunku Kurshiah dan berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2007. Sekarang belajar di SBPI Jempol, Batu Kikir.

Isnin, 24 Disember 2007


'Projek mega' kami yang pertama, kolam ikan dan lanskap di hadapan rumah. Mulanya tak berapa yakin boleh buat. Bila dah siap baru sedar akan kebolehan dan bakat terpendam kami. Inspirasi datang dari majalah dan rumah arwah Atan& Sha di JB.

8 Tahun Menyepi ... Kembali Menulis

 Assalamualaikum, Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan da...