Assalamualaikum,
Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi saw.
Sejak Nov 2012 , Blog saya ni sepi , ditinggalkan tanpa terusik. Ingatkan dah dipadamkan oleh Blogger.com. Hari ni , 24 Ogos 2020 , Isnin yang penuh berkat, terdorong untuk mencari semula Blog yang diusahakan dahulu. Rupanya masih ada untuk saya coretkan apa-apa tentang keluarga tercinta dan juga apa-apa yang dirasakan ungin dikongsi bersama rakan yang membaca. Jika ada la yang akan membacanya. Paling tidak Blog ini sebagai ruang saya mencatat dan mendokumenkan dalam bentuk tulisan apa-apa kenangan diri dan keluarga.
Smoga Allah mempermudahkan saya untuk membuat catatan disinii selepas ini . Keinginan untuk menulis sangat kuat datang dalam diri saya belakangan ini. Macam-macam perkara yang terlintas untuk ditulis agar dapat berkongsi rasa dan pandangan itu dengan orang lain. Juga untuk mengenali diri dan pemikiran saya dalam pelbagai hal. Kecemburuan saya terhadap rakan-rakan yang menulis dalam pelbagai wadah dan ruang sama ada cerpen, novel, ilmiah, karya sastera mahupun catatan peribadi adalah dorongan yang kuat untuk saya mencari Blog yang lama ditinggalkan ini.
KELUARGA SAYA SEKARANG ..
Foto keluarga yag dirakamkan pada tahun 2019 . Seorang lelaki bertuah dikelilingi 5 wanita hebat.
Tahun 2020 ... selepas hampir 8 tahun dari cerita terakhir Blog ini, semuanya dah besar panjang. Kak Long Khairunnisa dah bekerja sebagai Quantity Surveyor , Angah Najihah sedang belajar Kejuruteraan di Mannheim, German. Kak Teh Najjah belajar bahasa Mandarin di Beijing Cultural University, Beijing dan Nabila dah masuk tahun 1 , TESL di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.
Alhamdulillah , anak-anak kami memilih bidang kerjaya mereka dengan gembira dan diberi rezeki kesihatan, peluang belajar di Universiti yang baik dan dibiayai biasiswa kerajaan semuanya. Anugerah dan amanah ini akan kami balas dengan menjadi inividu dan warganegara yang baik, Insyaallah.
Saya dan isteri pula sekarang sudah menempuh pelbagai perkembangan perjawatan dalam tugas sebagai guru. Isteri saya Fatimah sekarang bertugas sebagai Guru Besar di Sek. Kebangsaan padang Lebar , Kuala Pilah. Sekolah pertamanya sebagai Guru Besar adalah di SK Serting Ulu. Manakala saya pula bertugas sebagai Pengetua SMK Juasseh mulai Oktober 2019. Sebelum ini saya mela dilantik sebagai Pengetua di SMK Taman Forest Heights, Seremban.
Tak terfikir yang kami akan sampai ke jawatan kerjaya sekarang ini. Segala aturan Allah ini kami tempuhi dengan tenang, yakin dan kesyukuran. Cabaran yang dilalaui untuk melaksanakan amanah ini sangat besar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
Itu sahaja yang ingin dicoretkan buat masa ini. Harap-harap selepas ini saya rajin dan punya masa untuk merakamkan catatan di Blog ini.
Jumpa lagi.